AMSTERDAM - Pengendali Belanda, Louis van Gaal menjangkakan Robin van Persie akan tampil pada tahap terbaik pada pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil yang akan membuka tirainya pada 13 Jun depan.
Penyerang Manchester United itu berharap untuk berada pada tahap terbaik di Brazil selepas melalui musim yang mengecewakan dan bergelut dengan kecederaan di Old Trafford.
Van Persie, 30, kembali menemui sentuhan jaringan pada aksi pemanas badan menentang Ecuador dan Ghana baru-baru ini selepas pulih daripada kecederaan lutut.
No comments:
Post a Comment