PARIS - Juara Grand Slam enam kali, Novak Djokovic akan bertemu Ernests Gulbis dari Latvia dalam aksi separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis selepas masing-masing menang straight set di peringkat suku akhir yang berlangsung kelmarin.
Djokovic yang dalam misi memburu gelaran pertama di Roland Garros untuk menjadi pemain lelaki kelapan melengkapkan gelaran Grand Slam, berjaya menjinakkan pakar servis laju, Milos Raonic.
Dalam aksi tersebut, Djokovic mengalahkan pemain yang berasal dari Kanada itu dengan kemenangan straight set 7-5, 7-6, 6-4.
No comments:
Post a Comment