Pages

Wednesday 4 June 2014

Untuk maklumat lanjut

For more information about sports, please click Here...

Team Belanda



AMSTERDAM - Pengendali Belanda, Louis van Gaal menjangkakan Robin van Persie akan tampil pada tahap terbaik pada pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil yang akan membuka tirainya pada 13 Jun depan.
Penyerang Manchester United itu berharap untuk berada pada tahap terbaik di Brazil selepas melalui musim yang mengecewakan dan bergelut dengan kecederaan di Old Trafford.
Van Persie, 30, kembali menemui sentuhan jaringan pada aksi pemanas badan menentang Ecuador dan Ghana baru-baru ini selepas pulih daripada kecederaan lutut.

Sukma 2014 labuh tirai

 













TEMASYA Sukan Malaysia (Sukma) 2014 meninggalkan 1,001 kenangan buat tuan rumah, Perlis apabila secara rasmi melabuhkan tirainya di Stadium Tuanku Syed Putra di Kompleks Sukan Negeri, Kangar semalam.
Majlis penutupan penuh gilang-gemilang itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan disaksikan lebih kurang 20,000 penonton yang hadir di stadium tersebut.
Tumpuan sudah tentu terarah kepada kontinjen Wilayah Persekutuan yang muncul selaku juara keseluruhan Sukma 2014 mengatasi juara bertahan, Selangor dan juga Terengganu yang dikenali sebagai kuasa besar sukan tanah air sebelum ini.


Brazil Di Landasan Tepat Menghadapi Piala Dunia 2014


 GOIANIA, Brazil - Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari mengakui gembira melihat peningkatan prestasi yang dipamerkan pasukan itu menjelang pusingan akhir Piala Dunia 2014 yang bakal membuka tirai pada 13 Jun depan.
Scolari menyuarakan kegembiraan itu selepas skuad Samba membelasah Panama 4-0 dalam satu aksi pemanas badan awal pagi semalam.
Bagaimanapun, bekas pengurus Chelsea tersebut mengakui bahawa beliau masih perlu melakukan sedikit perubahan dalam skuad kendaliannya itu.
Scolari berkata, beliau yakin pasukan itu berada di landasan tepat untuk mengharungi aksi pertama Piala Dunia 2014 menentang Croatia, 13 Jun depan.

bola sepak

Piala Dunia 2014 Di Brazil